Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday 29 January 2014

Kuih Baulu

Assalamualaikum...

Agenda pagi GD harini adalah keluar with jiran untuk temankan dia beli kain putih utk buat baju sekolah anak dia. Balik umah dalam pukul 11 pagi. Eh!.. masih awal nampaknya. Apa nak buat ye???

Godek2 fb, tengok posting dari kawan FB.. kalau buat ni macam best jer.. boleh wat buah tangan balik kg CNY ni..

So inilah kejadiannya.. lulus tak????. nak tanya kawan2 setakat boleh nampak dlm gambar je kan!!
tunggu komen dari my mamak lah nampaknya.. sebab ini kuih org lama jd yg masih muda cam GD (perasan muda.. ahaksss) jgn pandai2 nak lawan tokey.. kikiki.. selamat balik kampung le ye baulu..


Untuk sumber resepi kak Hanita Hamid, tq share ye kak walaupun ini resepi warisan akak. moga murah rezeki akak lagi lepas ni. halalkan GD share kan semula di sini ye.


Resepi : Kuih Bahulu
Sumber : Kak Hanita Hamid

Bahan-bahan :

  • 12 biji telur ayam ( gred A)
  • 900 gm gula pasir ( nak kurangkan pun boleh)
  • 600 gm tepung gandum ( jemur dahulu - ayak)
  • Secawan air kelapa


Cara-cara:

  1. Campur telur, gula dan air kelapa...pukul sampai kembang..warna agak putih.
  2. Ambil dalam sepuluh senduk...campurkan tepung sedikit2...jngan terlalu keras jngan terlalu cair..agak mcm adunan kek marble tu ya.
  3. Panaskan acuan bahulu...suhu 220 darjah...selama 10 minit..masukkan adunan tadi 3/4 acuan ...bakar hingga warna kekuningan atau hingga masak.
  4. Adunan telur tadi hendaklah sentiasa di pukul...lepas tu baru ambil lagi dan campurkan tepung sedikit2.

No comments:

Post a Comment