Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 16 January 2014

Kek Cheese Leleh


Snow Cheese Cake aka Kek Keju Meleleh
Resepi dari rakan2 FB

Bahan-bahannya:
  • 6 bj telur (di buang 2 putihnya)
  • 100 gm gula halus
  • 100 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 50 gm air sejuk
  • 1 sd teah baking powder
  • 2 sudu mkn ovallet
  • 75 gm mentega di cairkan


Untuk krim:
  • 250gm krim keju (cream cheese) apa2 jenama ikut kesukaan masing2
  • 1 cwn susu pekat (satukan kedua-dua bahan dan pukul sehingga sebati dan tidak berketul2)


Topping:
  • cheddar cheese di parut

Perisa Vanila

Cara-caranya:
  1. putar telur hingga berbuih
  2. masuk gula dan putar lagi
  3. masukkan ovallete, putar sehingga berkrim
  4. masukkan tepung gandum, tepung jagung n 1 sd teh baking powder (yg telah diayak)
  5. masukkan air, putar lagi sampai putih dan gebu halus mulus
  6. masuk mentega cair dan putar sikit je sehingga sebati.
  7. Dibakar dengan suhu 150 drjh celcius sehingga msk... jgn lupa tuk sapukan loyang dgn mentega dan juga di taur dengan tepung.
  8. Setelah msk potong di tengah2 kek sehingga menjadi 2 bahagian. Kalau xmahir bab potong2 ni boleh la di bakar dlm 2 acuan yg berbeza...
  9. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan bahagian kedua di atasnya.
  10. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi keseluruhan kek.
  11. Akhir sekali, taburkan cheese yang telah di parut tadi di keseluruhan kek sehingga menjadi toppingnya.
  12. Masukkan ke dalam peti ais, dan di sejukkan dalam 2 jam.



Perisa Vanilla dan Coklat
Perisa Strawberry