Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 22 January 2014

Bingka Kacang Hijau






Assalamualaikum.. 

Gara-gara tergoda.. kebetulan pula nak kemas peti ais terjumpa se tupperware doyan tersimpan beku. lahai....bila pulak time tu. cium2 ok lagi. check tengok gobok, ada stok kacang hijau...

memancar cahaya lampu dalam otak... tu dia.. yesssss.. bingka kacang hijau akan terlaksana.. belen tu terus wat bubur kacang doyan pulak.. sempoi kan.. 

layannnnn 


Resepi : Bingka Kacang Hijau
Sumber : Kak Yati

Bahan2:

  • 1 cwn gula
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air
  • 2 sdb mentega /minyak sapi
  • 3 bj telur
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau + sedikit perisa pandan
  • 2 cwn kacang hijau - bahagi 2 (DIREBUS HINGGA KEMBANG)
  • sedikit isi durian (yg ni GD tambah)
  • Bijan - taburan


Cara

  1. Rebus kacang hijau hingga kembang
  2. Panaskan oven 180'c
  3. Satukan kesemua bahan kecuali 1cwn kacang hijau
  4. Kisar hingga sebati dan tuang dlm periuk . Masukkan baki 1cwn kacang hijau td dan kacau atas periuk dgn api yg sederhana. Yang ni GD x masak atas api tapi terus masuk dalam loyang (acuan baulu pecah lapan) dan terus bakar.
  5. Lengser loyang dgn butter dan panaskan loyang hingga berminyak .
  6. Tuang adunan td dan bakar selama 1jam 15min @ hingga garing ...
  7. Sejukan dan potong ...

"tulisan merah cara yang GD guna. maap ye kak Yati sebab derhaka lagi. sebenarnya GD dah tertuang tanpa sempat baca sampai habis. nasib baik elok kejadiannya."