Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Tuesday, 6 November 2012

DURIAN CREPE / PANCAKE


Assalamualaikum...

Salam bersiaran setelah lama GD menyepi dari sebarang entry cuma jadi silent reader je kerana sesuatu hal yg x dapat dielakkan.... jiwa rasa tertekan je sebab x dpt nak masak sesuatu yg baru lagi... aduh bila bertandang tu asyik lah tergoda sana, tergoda sini..alahaiiii, bila pulak le time untuk GD beraksi...

Maka dengan ini berakhirlah sumpahan ku itu dan inilah hasil pertama setelah kepantangan ku berakhir...
memang sungguh menggoda bila tengok kat blog kak Azlita suatu hari dulu..masa tu memang dah simpan dlm hati ni cuma x disuarakan je pada en hubby...



Malam tadi GD pun bersuara dan tanpa soal jawab yg panjang dapat jugak beli durian 3 biji dgn harga RM35... mahal tak??? entah.. biasalah tu kan...

Tapi yg sedih sikit sebab pancake GD tu agak tebal.. cuba byk kali pun tebal jugak... geram betullah... lagi satu, cara lipat pun macam salah je... len kali boleh wat lagi. Insyaallah..hmmmm... x pe janji sedap.. memang sungguh sedap lah... TQTQTQ pada tuan punya resepi. dan di sini GD sharekan kepada kawan2 yg lain. Diharap dapat dihalalkan di atas perkongsian ini..




DURIAN CREPE / DURIAN PANCAKE
By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti 
GD rujuk dari : Kak Ita masam manis

250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco (x bubuh)
1 sudu teh pewarna hijau (GD guna 3 kaler : merah, hijau dan kuning)



Satukan semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau rata
Masukkan dalam blender dan kisar
Kemudian tapis

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan hingga kuali benar-benar panas
Oleskan sedikit minyak pada kuali
Kemudian kecilkan api
Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan tak perlu di balikkan
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat sehingga habis
Biarkan sejuk.


Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kalau nak lebih detail, boleh refer kat SINI
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

Selamat mencuba...