Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday, 17 November 2012

Kek Semut Hitam


Assalamualaikum …..

Salam ceria dan semoga sihat sejahtera disamping keluarga tercinta especially kepada semua teman2 GD di alam maya ini…
Makan kek ni sejuk2 ni best kan!!!!!...
Sejuk je suasana pagi ni tadi… rupa-rupanya Allah turunkan hujan setelah dua hari yang terlalu panas..
En hubby pula plus harini dah tiga hari cuti2 Mesia kerana dilanda penyakit tiga serangkai… demam, batuk dan selsema.. Nasib baik GD dan Miss Gya masih ok dan boleh tegak lagi… Moga kami tidak dijangkiti…
Malam tadi my abah, mamak, mamacik n paksu for miss Gya dtg umah dan tidur sekali.. tapi pepagi buta dah kena balik sebab my mamak kena ngasuh satu2nya hero dlm family besar GD.. sape lagi kalau bukan Ammar @ Cotmar… miss u la Ammar.. sian dia sebab demam.. mamacik kata semlm ammar kena ambik darah yer.. hopefully Ammar akan beransur sihat.. juga x lupa to my mamak tersayang juga harap sihat sepenuhnya lepas dapat demam when menjaga our nenek di hospital minggu lepas…

Wah… ramainya yg demam dlm family GD… hmmmm… Ammar, mamak, pakngah (abah ammar@miss Gya uncle ) and also en hubby…. Jgn lupa mkn ubat yer semoga cepat sembuh… walopun GD yg jadi misi to en hubby, kekadang GD pun kelupaan time to mkn ubat… grrr..grrr.. diri sendiri…
Wah panjang betul mukadimah harini.. bukan apa, lama x de entry, tu yg mcm byk je nak citer.. x pelah, simpan untuk lain entry pulak…


So, harini, GD nak kongsikan satu resepi yg GD dpt dari FB AYU JALINAN RASA… KEK SEMUT HITAM..

kelakarlah pulak bila coklat cip tu mencairkan dirinya... agak buruk dan macam cacat disitu.... nasiblah... masuk mulut jugak...
Lain macam je bunyinya kan… dah lama juga simpan dan nak try. Tapi sentiasa tertangguh. Oleh kerana dah lama x membaking sesuatu, maka harini sempena sesejuk cuaca dipagi hari terlaksanalah impian GD tu… ternyata, tidak menghampakan… sedap sgt… Mohon halalye tuan punya resepi, GD sharekan di blog GD untuk tatapan teman2 semua…lagi satu, GD ada derhaka sikit2 tang bahan2 tu.. mintak maaf yer byk2....

Semut x berapa banyak kat kek ni, sebab dah sembur ngan ridsect... hahahaha
sebenarnya, coklat rice rupanya tinggal sikit je... makanya bubuh le coklat cip wat jadi kumbang hitam pulak kat dlm kek tu... 
KEK SEMUT HITAM

resepi asal by:::Dari Dapur Yanee
Dikongsi Bersama:::Kak Annor MrsHamizie
Sumber : Ayu Jalinan Rasa
Diolah : Gya Duniaku

Bahan2::

  • 1 buku butter (Ayu dan GD guna 250gm marjerin)
  • 240g tpg gandum (2 1/8 cawan)
  • 1 cwn gula pasir (Ayu guna gula pasir halus & bleh kurangkan kepada 2/3 cawan atau ¾ cawan)(GD guna ¾ cwn)
  • 1 sdt baking powder
  • 10g susu tepung (GD guna 3 sdb)
  • 3 biji telur
  • 1sdt esen vanila
  • ½ cwn susu cair (GD guna bancuhan susu tepung – ½ cwn air + 2 sdb susu tepung) 
  • 2 sdb choc rice (gaul ngan tepung) - Ayu tambah 3 sudu besar sbb Ayu guna choc rice coklat + putih (GD guna 2 sdb coklat rice dan 50gm coklat cip)
  • GD tambah pewarna, sebab saje nak suka2 macam traffic light gitu…tapi salah susun warna daaa...


cara cara::

  1. ayak tepung ngan susu tepung & baking powder
  2. pukul kembang butter & gula
  3. masukkan telur sebiji2..pukul kembang
  4. masukkan esen vanila
  5. masukkan susu cair selang seli ngan tepung sampai abis
  6. mix sebati
  7. bahagi 3 dan bubuh pewarna kesukaan. Derhakaaaaaa....
  8. masukkan choc rice dn gaul bersama tepung...kacau ngan senduk sebati.... 
  9. tuang dlm loyang yg dah digris @ alas ngan baking paper
  10. tabur choc rice kat atas adunan
  11. bakar suhu 170 sehingga masak.. (Ayu kukus selama 55 min) (GD pun kukus je tapi x sampai 55 min, lebih kurang 35 min sebab Loyang kecik)..

Ada baki sikit2, GD masuk dalam mangkuk kertas dan jadikan muffin pulak..

Pun x berapa cantik jugak.. lepas dah masak yg kecik2 ni, terus masuk mulut.. x sedar dah tinggal beberapa biji aje... yummy sementelah masih panas lagi...

Cantik tak?????? ngap masuk mulut..

Alhamdulillah, x menghampakan..

Selamat mencuba…