Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday, 19 November 2012

Sambal Udang Petai


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Entry kali ini x panjang mukadimahnya. Terus saje ke isi penting…heheheh :)

Ni adalah salah satu lauk kegemaran GD seisi keluarga.. 
Sambal Udang Petai..

X payah ganding ngan lauk lain2 pun dah sedap.. 
mkn dengan nasi panas…

Kalau ada sesapa yg teringin mencuba silakan yer.. tapi rata2 semua org pun memang tahu masak lauk yg agak mudah ni.. pendek kata semua org pun expert.. tapi tak kira lah..GD nak jugak tayang…
Tapi sukatan tu GD belasah je jugak..



Sambal Udang Petai

Sumber : diri sendiri je

Bahan-bahan :

Udang putih aka udang kertas..
Petai (GD buang kulit dan potong 2. Ada org x buang kulit jes kikis kulit yg hijau tu je. Terpulang)
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering kisar/boh kalau rajin tumbuk .. GD malas..
Belacan
Air asam jawa
Gula / garam / pak aji
Minyak

Cara-cara :
Udang dan petai dibersihkan..
Tumis bahan tumbuk ( bawang, bawang putih, cili) sehingga pecah minyak.
Masuk sedikit gula dan garingkan tumisan.
Tambah air asam jawa, dan belacan yg dah dibansuh dgn sedikit air.
Masuk juga petai dan sedikit lagi air. Biarkan petai dlm 5 minit dlm tumisan tu (agak masak)
Bila agak kering sikit, bubuhlah garam dan sedikit pak aji (bagi yg suka) serta x lupa udang tadi dan hirisan bawang besar.
Kacau2 sekejap dan boleh matikan api. Udang akan cepat masak jadi x boleh biar lama2 atas api, nanti jadi keras.


Boleh dihidang dgn nasi putih atau nasi lemak…. Hmmmm.. sedapnya..

Sampai jumpa lagi..

Salam sekian J