Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 7 November 2012

Laksa Goreng Yang Simple


Assalamualaikum....



Jom layan laksa goreng dipetang hari yang dingin ni. X pernah dengar orang goreng laksa (ketinggalan betul), rupa-rupanya sedap jugak. pestime makan masa pergi rumah member en hubby time raya. 

Biasalah GD kalau dah try n rasa cam best je, maka akan dicuba try test lah jawabnya. Sebenarnya dah lama GD buat laksa goreng ni cuma baru terjumpa dalam draf tengah tunggu Q nak masuk entry.. huhhh.. lama betul dah dan dah bersawang draf tu. Tapi jujurnya en hubby x berapa menggemari sebab en hubby adalah penggemar tegar mee goreng. jadi yg lain x leh lawan kegemaran dia tuh..

So, mari GD kongsikan kepada sesiapa yg nak mencuba.. pada yg dah tau, hehehehe nampaknya GDlah yg telah ketinggalan... hahahahh.

Resepi : Laksa Goreng yang simple
Rujukan : Isteri En Shahril (lupa nama) maafkan GD

Bahan-bahan

Tumbuk :-
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit udang kering (ikan bilis pun ok)
Bahan lain
  • 1 peket laksa basah
  • 6 ekor udang besar (sebenarnya terpulang nak bubuh ayam, daging, udang or sotong. kuantiti bergantung kesukaan masing2)
  • 1 keping fishcake
  • sedikit sayur sawi (nak bubuh kobis atau lain2 pun boleh)
  • 2 sb cili kisar
  • 2 sb kicap pekat
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula dan pak aji untuk perasa
Cara-cara
  1. Tumis bahan tumbuk beserta cili kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masuk fish cake yg telah dipotong nipis serta udang.
  3. Bubuh kicap pekat dan air sedikit je.
  4. Kemudian masuk pula sayur dan laksa basah tadi. Gaulkan semesra alam sehingga masak.
  5. Jangan lupa tambahkan perisa sesedap rasa anda.
  6. Boleh dihidangkan dengan taburan daun sup, cili besar yg dihiris juga bawang goreng. (GD x bubuh pun...heheheh) 
 p/s : sesapa yg suka pedas boleh tambah sukatan cili tu...dan boleh tambah sayuran lain juga x lupa bahan seperti ayam, sotong dan daging.. kalau nak bubuh semua pun lagilah marbeless...

Selamat mencuba...