Assalamualaikum... ni lah hasil kerja dari saya budak baru belajar.... x cantik kan!!!.. huhuhu..
Tapi........... sedapppppp....
Insyaallah lepas ni akan dicuba again n again sampai puas hati... minta halal ye GD kopipes dan sharekan diblog GD yang x seberapa ni....
Light Cheese Cake
Resepi : HaSue
Bahan-bahan :-
• 125g cream cheese
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara :-
- Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
- Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
- Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
- Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
- Gris acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
- Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
- Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
