Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday 9 March 2013

Apam Snow White

Assalamualaikum


Apam Snow White katanya..... selalu buat harini baru terpanggil nak kongsikan resepinya.. ni pun projek hari rabu haritu yg terbaru.... nak enterprem asyk tertangguh aje...

Resepinya hasil dari jalan2 kat blog teman sekerja dulu Kak Rossa... 

Kak ros, I kopipes je ye then mintak halal ye wahai tuan2 punya resepi asal (Sumber I; MYR @ qnq0910 Sumber II Dapurmamasya) GD kongsikan semula untuk tatapan masa hadapan... 

APAM SNOW WHITE 

Bahan-bahan ( 5 orang makan )- dpt dlm 52 biji..
  • 3 cawan tepung beras 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan gula pasir - letak 1 1/2 cwn 
  • 1 packet mauripan@ibu roti 
  • 2 cawan nasi 
  • 3 cawan air 



Cara-cara 
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air 
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu 
  3. Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur 
  4. Campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan 
  5. Biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu... 
  6. Selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam 10-15minit 
Note:1. sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
2. lepas sejam tu mmg adunan akan jadi berlobang2, kena kacau adunan yg dah kembang tu dgn senduk/sudu sampai lobang dah takde baru kukus/masukkan dlm acuan
3. bila masak permukaan dia akan jadi sama ada licin or merekah - kalau kukus guna api besar apam akan merekah atau bahasa cantik, apam akam mekar gitu.


1 comment: