Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday 14 February 2013

Kek Chiffon Pandan


Assalamualaikum.....

Project semalam yg lama tertangguh semangatnya... pestime buatlah maknanya tu... maka maafkan lah sekiranya tercacat dimana-mana.. terpaksa derhaka time membakar kerana en hubby nak gunakan area tu... sabarjelah... layankan aje yer...


KEK CHIFFON PANDAN

Sumber : rinnchan / Irene Chia


Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
150gm tepung kek
1 camca teh baking powder

Bahan B
4 biji kuning telur saiz A
70gm gula castor
1/4 camca teh garam halus

Bahan C
85ml corn oil, Rinn guna canola oil
115ml jus pandan, Rinn blend daun pandan dan air

Bahan D
4 biji putih telur saiz A
70gm gula castor
1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara :

  1. Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak. 
  2. Dapatkan 115ml jus pandan. Gunakan saputangan kecil yg bersih utk memerah. Kalau guna penapis mungkin habuk-habuk hampas daun pandan akan turut masuk. 
  3. Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). 
  4. Masukkan canola oil dan teruskan memukul. 
  5. Putar sehingga kembang. 
  6. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar. 
  7. Teruskan memutar hingga rata. 
  8. Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau. Tak bubuh pun tak pe.
  9. Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang 
  10. dari pandangan. Jangan terlebih kacau.
  11. Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan. 
  12. Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.. 
  13. Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. Jangan risau kalau adunan kelihatan "lumpy" atau berketul-ketul kerana memang itu yg resipi kehendaki untuk menghasilkan kek yang gebu dan berongga.
  14. Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi.
  15. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati.
  16. Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min. 
  17. Tolong jangan lapik acuan dengan kertas minyak atau disapu dengan butter atau majerin. Cukup sekadar dilap dengan kain kering yg bersih. Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. Gunakan api atas dan bawah semasa membakar kek ini. 

PESANAN PENAJA :-

Kek yang telah siap dibakar. Rinn bakar cukup-cukup 40 minit setelah dicucuk dengan lidi tester, ianya telah kelihatan elok masaknya. Segera keluarkan dari oven. Kalau nak amik gambar..amik cepat-cepat sebab kek ini perlu diterbalikkan dengan segera sebelum ia mendap..  
Heh Heh..walaupun langkah ini agak lucu tapi kalau kita lihat setiap resipi chiffon di mana-mana pun, pasti ada langkah ini. Jadi jangan derhaka pada resipi kalau tak nak kek anda mendap atau bantat selepas ia naik dengan elok seketika setelah keluar dari oven.

Rinn pernah ada terfikir mesti agak sukar untuk mengeluarkan kek ini dari acuannya sebab mungkin akan melekat-lekat di dinding dan dasarnya. Tetapi jika kita menggunakan pisau yang panjang dan tajam, perlahan-lahan kita sisipkan di antara kek dan dinding acuan..kelihatannya tidaklah begitu sukar. Pengalaman pertama ini amat menyeronokkan dan menggembirakan hati sebab kek ku keluar dengan cantiknya..  

Pastikan kita gunakan pisau yang tajam atau pisau yg bergerigi halus bila nak memotong. Hmmm...baunya . Semasa membakar tadi pun sudah berbau satu rumah !! 

special thanks to Ila jiran tetangga coz dah menaikkan semangat GD untuk membuatnya juga meminjamkan acuannya.... nanti GD pi cari kat WK yg dah tebakor tu... hehehehh...

selamat mencuba buat sesiapa yg belum try test lagi yer... kalau yg dah pro tu, GD yg rasa malu nak kasi tunjuk ini gambar hasil pertama ku ...



1 comment: