Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Sunday, 3 February 2013

Hampapai / Mandai Lemak Cili Api


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu dihari kedua bulan Feb 2013...


Masak apa teman2 semua harini??? harini GD masak ayam masak kicap, sayur goreng baby kailan dan mandai/hampapai lemak cili api.... simple kan!!!.. x de istimewa pun dan pagi tadi pergi pasar x beli banyak pun sebab minggu depan en hubby out station lagi... huhuhu... kalau en hubby x de, GD dua beranak makan tersangatlah simplenya.. kadang2 beli je... mudah dan cepat...

Seperti yg GD janjikan dlm entry Hampapai dulu yang mana selain dari digoreng juga sedap dimasak lemak cili api...


Memang sedap dan kalau nak lagi terangkat atau mak mertua lalu pun x perasan time makan, ce buat pedas-pedas sikit... kalau GD x boleh le pedas sangat sebab Miss Gya x makan pedas... kenalah ikut tekak dia juga sebab tukang makan kat rumah ni memang x ramai...

Mandai / Hampapai Lemak Cili Api

Bahan-bahan :-


  • Semangkuk kecil hampapai/mandai yg telah dibersihkan dan potong kecil sedikit
  • sedikit kacang panjang
  • sedikit udang
  • 1/4 biji bawang besar (sederhana)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili api
  • santan
  • sedikit air

Cara-cara :-

  1. Tumbuk kunyit hidup, cili api dan bawang sehingga lumat.
  2. Masukkan dalam periuk dan tuangkan sedikit santan dan sedikit air.
  3. Masak atas api dalam 3 minit.
  4. Kemudian masukkan Mandai/hampapai, kacau dan biarkan atas api tu dalam 5 minit lagi.
  5. Masuk kacang panjang, kacau sedikit kemudian baru masukkan semua santan sambil kacau.
  6. Api jangan besar, sambil kacau dan last sekali baru masuk udang tadi.
  7. Kacau lagi dan udang tu sekejap je dah masak.
  8. Perasakan garamnya. Biasanya dah masin..tapi kalau belum tambahkan lah mengikut kesesuaian..


Selamat mencuba ye teman-teman...