Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 14 February 2013

Ketam Goreng Bersalut Tepung

Assalamualaikum...


Lama juga rasanya dlm menu harian GD x masak ketam... memang jarang lah beli ketam sebab Miss Gya x gemo... jadi kalau rasa-rasa dah teringin sangat baru beli.. 

Inilah hasil dari meronda pepagi dgn en hubby yg kebetulan masih belum masuk koje lagi. meronda sambil memantau apa yang terjual di pengkalan.... dapat le beli ketam dan udang yg segar bugar terus dari laut tu... memang marvelesss dia punya rasa..


Jom try Ketam Goreng Bersalut Tepung ala la GD... bubuh dan gaul sesuka dan seikhlas hati.. ikut hati sndiri je masa bubuh bahan agak2 rasa macam sedap aje GD bubuh dan gaul... gaul dan gaul sampai sebati. dah goreng sungguh enak dinikmati.. x caya!!!... meh cuba...

Ketam Goreng Bersalut Tepung ala la GD

Bahan-bahan :-
(sukatan x de sebab GD main bubuh dan rasa-rasa aje)
  • ketam dibelah 2
  • tepung gandum dlm 1cawan kot
  • rempah kari
  • serbuk kunyit
  • garam halus
  • serbuk cili / cili blend (nak pedas, bubuh lebih)
  • sedikit serbuk perasa/ajinomoto
  • 1/2 sdt baking powder
  • 3 tangkai daun kari
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:-

  1. Ketam dibersihkan dan potong 2 sekali dengan kulit.
  2. Bancuh dan gaul sebati semua bahan kecuali ketam. bancuhan macam nak salut pisang goreng.
  3. Panaskan minyak (pastikan betul-betul panas) dan goreng dengan api sederhana. kalau api kuat takut ketam x masak tapi tepung dah hangus.
  4. siap untuk dihidang.


Makan macam tu je pun sedap....