Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday, 18 February 2013

Talam Keladi...


Assalamualaikum rakan-rakan alam maya sekelian..
terima kasih daun keladi kepada semua yang sudi berkunjung ke blog GD yang x seberapa ini...
Lain masa dan ketika jemputlah jenguk-jenguk lagi...

GD nak sharekan  percubaan lagi..... yang kali ni kita pergi kuih talam-talam pulak iaitu Talam Keladi...
memang GD jarang makan kuih ni, tapi GD teruja bila kawan2 postkan gambar2 yang memang sangat-sangat menerujakan hati, perasaan, mata dan hawa nafsu nak makan.... aduyaiiiii... santan lagiiii...

Ikhlas cakap memang GD bukan penggemar kuih talam yang spesis manis2 belaka tapi seperti GD kata sesungguhnya setiap kali mata ni memandang posting rakan2, memang jadi nak rasa, kalau dah nak rasa kenalah buat...hahhhh... tu le yang jadi kat GD sekarang ni.. bila dah nak, sanggup je pergi cari bahan walaupun sebelum ni memang x pernah pergi beli ubi keladi tu... pssttt, x tau pun harga sekg org jual bape..
RM5 kat pasar rupanya... melopong kejap..ehhhh... mahal ke murah tu yer???? selama ni main cabut je kat kg... kat sini nak cabut kat mane!!!!

Ingat nak buat malam ahad wat bekpes hari minggu tapi rupanya tepung beras abis stok lah pulak. nasib dah pukul 11mlm, kalau awal memang pegi cari.. sabar wahai hati... akhirnya malam tadi misi terlaksana itupun lepas balik dari kg kerana acara terkejut-terkejut buatan sendiri.... wah asyik balik kg minggu ni... suke-suke.... GD suke sebab kg GD...hahahahah.... ampun en hubby yer... tapi abg yg ajak kan!!!....

Tersasar jap menceceh... haaa... taraaa.. nilah hasil pertama buatan GD sendiri..


Macam lembik je sikit wahai kakak2 sumber ku..kenapa ye???? .. :(



Kuih Talam Keladi
Sumber : Yatie MemoriesChe CT/ Kak Azlita yang juga berasal dari Chef Asma
Di olah : Gya Duniaku

Bahan Lapisan Bawah :
2 Cawan tepung beras
3 Sudu besar tepung ubi
1 1/2 Sudu kecil garam
6 Sudu besar gula pasir
300 ml santan pekat
700 ml air

300 gm keladi - dibersihkan dan basuh dengan air garam untuk tidak hitam. Potong kiub dan kukus selama 5 minit - (kukus dulu, baru ditimbang).

(Kat sini GD olah sikit macam kak Ita Masam manis tu.. tapi kelainan nye GD cuma rendam dalam air yang dimasukkan pewarna purple kemudian toskan dan kukus. jadi x delah purple sangat sekurang-kurangnya warna purple jugak... hahahah boleh gitu) tapi kak ita punya lagi marbeless... GD taraf saya budak baru belajar tapi ....huhuhu..derhaka

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk. Masak sehingga naik wap dan masukkan keladi yang di potong kiub tadi.
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

Bahan Lapisan Atas :
1 1/2 cawan tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
Sedikit pewarna purple dan perisa Yam

Kat sini pun ada penambahan.. GD ada pewarna purple tapi x de perisa Yam tu.. jadi apa yg GD buat adalah ambil sedikit keladi (dalam 1/3 cawan) yg dah dikukus td dan lenyek sampai hancur lalu GD campurkan dengan bancuhan lapisan atas.. kebetulan masa kukus dan timbang terlebih dari 300gm.. adalah belen... tapi boleh guna ke cara ni wahai kakak2 sumber ke sekelian??? derhaka lagi....

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
3. Kukus selama 30 minit lagi. Lap tutup kukusan setiap 5 minit sekali.

Buat kakak2 sumber, GD minta halal resepinya dan GD kongsikan di blog GD pula... terima kasih yer...

Dan sampai jumpa lagi di entry yg lain pula..



2 comments: