Assalamualaikum dan selamat petang..... mendung je hari ni... harap diri kita pun x seperti mendungnya
cuaca kat luar tu. biar ceria2 je selalu.
Baru lepas potong.. |
huiyoooo... omputeh sehhh tajuk entry GD kali ni... Selalu dengar namanya tapi x pernah makan. Sian kan !!!... teringin pulak nak membuatnya. Takut pulak x termakan. oleh itu GD pun tunggu la konon2 bila adik balik cuti baru plan nak buat. Alhamdulillah bagai sampai je niat GD kat adik tu bila dia call kata nak balik. memang pucuk dicita ulam mendatang lah kan...
taraaaaa....... |
Resepi dah lama kopipes dari fb Mlong homemade.. pelagi, gali jgn x gali.. maka jumpala semula.. rasa semua bahan memang dah ada kat rumah GD. so, bila perlu x susah dah nak kuar kena beli.. semlm petang bermula lah episod GD mencuba lagi sesuatu yg baru... hmmmm.. jadi ke x jadi belakang kira. wat dulu yg penting. GD sharekan semula yer...
Untuk 3 org... heheheh.. en hubby, my dot miss Gya and also my self... hmmmm... yummmm... |
inilah bahan2 yg diperlukan.. GD kopipes je tapi yg tulisan warna merah tu yg GD ejas atau tukarkan. yg lain semua sama. TQVM kepada tuan punya resepi... sgt sedap kata my dot. at least ada juga yg tukang makan disamping nak jamu adik yg datang.... kalau habis rasa macam berbaloi je buat.. alhamdulillah..
Coklat Brownies Cheese Cake
Sumber : mak long homemade
Bahan2 brownies:
250 gm butter 1 cwn serbuk koko 3/4 cwn 3 biji telor gred B 11/2 cwn gula castor gula kasar GD blend 1/2 cwn susu cair 11/2 cwn tpg gandum 1tsp baking powder 1tsp soda bikarbonat 1tsp esen vanila GD guna coklat emulco |
Lepas potong |
Tinggal ngap... |
Cara2nya :
- Cairkan butter.masukkan koko dan kacau rata.
- Handwisk gula dan telor.masukkan ke dlm adunan butter dan koko. kacau sebati.
- Masukkan susu cair dan kacau lg.
- Masukkan tpg gandum+BP+SB sedikit demi sedikit sambil kacau sebati.akhir sekali masukkan coklat emulco dan kacau rata.
- Panaskan oven suhu 175 darjah C. Jangan lupa alas loyang dgn kertas minyak
- Tuang adunan brownies ke dlm loyang dan ratakan.Tinggalkan sedikit utk membuat marble diatas lapisan cheese nanti.
- Bakar selama 20 minit api atas bwh. tapi GD lebihkan ke 25 minit bergantung kpd oven masing2.
- 250gm cream cheese (saya guna tatura)
- 1 cwn gula caster sama mcm di atas tapi kurang sikit takut manis sgt
- 1 biji telor
Cara2nya:
Amacam, ok ke ko kek GD ni???? cuma tgh kek cheese tebal sket.. |
- Pukul cream cheese hingga gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati.
- *selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven.tuangkan adunan cheese dan ratakan. paip baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan corak ikut kreativiti.
- Masukkan semula ke dlm oven dan bakar 15 minit lagi atau sehingga cheese masak.
- Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Salam Gya... mama suka kalau ada cheese cheese cam ni. Sedapnya...
ReplyDeleteslm mama.. memang anak GD suka kek ni sebab ada cheese..tapi yg sedih dia mkn belah atas je sebab bukan penggemar coklat. rugi kan!!
DeleteSedapnya....makan nak tapi malas sungguh nak buat.
ReplyDeletehehehe.. meh nak tolong buatkan..
Deletesedap kan kek ni, saya pun dah banyak kali buat. anak2 saya suka makan dan adik2 saya pun suka tu yang seronok buat bila semua orang suka nak makan.
ReplyDeletebetul tu. memang sedap dan lagi best kalau apa kita buat, semua org suka mkn. berbaloi rasanya..
Delete