Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday 8 September 2012

Nasi Dagang

Assalamualaikum...

Ni le resepi nasi dagang yg telah dijanjikan... excely resepi ni di ambil dari dapur kak hanieliza setelah GD google dan google, ini je cara yg mcm sesuai dijiwa GD...
tapi GD ada tukar sikir dia punya beras dan sukatan. mengikut kesesuaian.. GD syare kat sini yer kak..

GD pun pes time wat ni..sebab geram je tgk beras tu masa g pasar kat wakaf baru aritu... en hubby x berapa mkn nasi dagang ni.. x suka katanya.. tapi kebetulan sepupu GD kata nak dtg beraya GD pun buat le..sambil memenuhi impian jiran lorong lain umah GD. Kak Tipah n Abg Samsuri (sebenarnya jiran rumah sewa lama dulu pun ia juga) katanya nak beraya umah GD yg pasti nak makan nasi dagang.. hah belasah je lah korang... lagipun dari aritu beras tu x berusik...



Nasi Dagang
Sumber : kak liza (Hanieliza)

Bahan-bahan :

  • 600 gm beras
  • 100 gm beras pulut
  • 30 gm halba
  • 400 ml air
  • 400 ml santan pekat
  • garam secukup rasa
Bahan untuk dimayang
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 cm halia



GD punya sukatan
  • 1 kg beras nasi dagang (GD beli kat kg en hubby masa balik raya aritu...Kelantan le)
  • 1 st halba
  • 600 ml air
  • 600 ml santan pekat
  • garam secukup rasa
Bahan yg dimayang
  • 2 labu bawang besar (kat umah xde stok bawang merah)
  • 4cm halia



Cara-cara membuatnya (GD follow kak liza 100% dan x menderkaha lansung)

  • Beras dan pulut disatukan /Beras nasi dagang dibasuh. Rendamkan. 
  • Toskan dan masukkan dalam kukusan yg berlubang
  • Kukuskan sehingga naik wap.
  • Keluarkan beras dan masukkan dalam mangkuk.
  • Siramkan dengan air dan kacau rata.
  • Masukkan semula beras dalam kukusan berlubang.
  • Taburkan hirisan halia dan bawang dan kukus sekali lagi sehingga naik wap.
  • Masukkan dalam mangkuk besar dan siramkan dengan santan yg telah digaulkan garam.
  • Gaulkan rata dan hidangkan bersama gulai nasi dagang dan acar 

Resepi Gulai Ikan Tongkol
resepi dari : en hubby.... 


  • 3 ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • 2 1/2 labu bawang besar
  • 2 inci lengkuas
  • 15 tangkai cili kering (kalau x suka pedas sgt boleh dikurangkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 kerek nissei (kalau kat sini org panggil gula melaka yer)
  • 800 ml santan dr 2 biji kelapa
  • asam keping
  • garam
  • 4 biji cili solok (kalau nak le) GD bubuh sebab ada stok aritu (pun beli dr kelantan)


Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan dan rebus bersama sedikit garam dan asam keping.. lebih kurang 5 ke 8 minit. tutup api. biar dia bertenang kat dlm piuk tu.
  2. Blendkan cili yg telah direbus terlebih dahulu bersama bawang dan lengkuas. (kalau msk kuantiti yg sikit, GD tumbuk je bahan2 tu dan cili tu GD pakai yg segera je)
  3. Masukkan bahan yg telah diblend ke dlm periuk lain dan tuangkan sedikit je santan dan sedikit air rebusan ikan tadi. tambahkan sernuk kunyit. pasang api kecil biarkan mendidih. kalau nak guna periuk tadi pun boleh. alih la ikan tu dulu..heheheh
  4. pastu, masuk santan pekat, nissei dan asam keping yg dalam rebusan tadi..kacau sampai mendidih..
  5. Bolehla masukkan ikan tadi juga x lupa cili solok tu..
  6. Rasa dulu, kalau ada yg kurang baru tambah lagi sebab ikan tu dah masin dan masam masa kita rebus. Tambah ikut kesesuaian masing2...
  7. Pastu boleh tutup api yer...




Acar timun dan lobak merah
resepi dan air tangan dari: en hubby


  • 3 btg timun
  • 1 btg lobak merah
  • 1 biji cili merah (x bubuh pun x pe saje nak cantik je)
  • 6 biji cili api
  • 1 labu bawang besar
  • garam
  • gula
  • cuka
  • sedikit air kapur (untuk kasi rangup)

Cara-cara

Timun, lobak merah dipotong (ikut suka) rendam dlm air kapur. Bawang dimayang. cili api dan cili besar dihiris. selepas di toskan campur kesemua bahan dan rasa juga ikut kesesuaian...


Sedikit info yg GD dpt dari en google:-

Resepi kak liza ni rupanya bolehla di panggil nasi dagang Terengganu dan yg GD buat ni Nasi dagang versi Kelantan.. cuma GD malas nak wat sambal kelapa tu..x larat dah ...

so, selamat mencuba ye teman2....
salam ceria..





No comments:

Post a Comment