Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 13 September 2012

Sambal Sardin


Assalamualaikum semua teman2 .... kalau dah malas nak pk lama2 ni lah hasilnya... sebagai seorang surirumah tangga sepenuh masa, adakala memang kehabisan idea nak masak apa... alasan dah hari2 memasak... tapi tanggung jawab terpaksa dilaksanakan jua.. makanya sardin le penyelamat keadaan.. hehehheh.. masak sardin sambil campak2 je dlm kuali tu...

Sambal sardin campak2...
Tapi kawan2...campak tu campak le jugak, jgn sampai terkeluar dari kuali udah la yer... hehehe..
nak jugak ke resepi sambal sardin ni???...

Okey lah... tujuan post gambar pun untuk sharing-sharing kan!!!, so pe salahnya kalau time2 kemalasan melanda atau dah habis idea, ni je caranya...

memandangkan keluarga GD x besar, maka 1 tin saiz paling kecil pun dah memadai...

Sambal Sardin campak2
Sumber : diri sendiri

  • 1 tin kecil sardin (terpulang brand ape. tapi GD lebih suka king cup je)
  • 1 sb cili giling
  • 1/2 labu bawang besar 
  • 1 labu bawang besar (potong besar, ikut suka)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 biji cili api (ikut suka)
  • garam
  • gula (ikut suka)
  • sedikit air

Cara-cara:

  1. 1/2 labu bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk. kemudian tumis hingga kekuningan.
  2. masukkan cili giling (kalau suka pedas boleh bubuh banyak. my dot x mkn pedas jadi buh sikit je)
  3. kacau bagi cili tu pecah minyak.. pastu masuk pulak cili api (belah 2 je) dan asam keping.
  4. kacau lagi, kemudian bolehla masukkan kuah sardin dan kacau2 sekejap. pastu baru masuk ikannya. (kalau GD, suka ikan sardin tu dibelah 2 dan buang tulangnya.) apapun terpulang...
  5. pastu masuk air (juga ikut masing2. kalau nak kuah bnyk buh byk. tapi kang cair pulak kan!!! jadi agak2 jelah yer).. 
  6. biarkan mendidih seketika, perasakan dengan garam dan gula. kemudian jgn lupa letak bawang yg dah dihiris besar tu..
  7. Angkat dan boleh dihidangkan...
sedikit pesanan :
kadang2 GD masukkan bunga kantan dalam sambal sardin ni... sedap je baunya.. cuba la..
atau pun sesapa yg suka juga boleh bubuh kentang..

selamat mencuba dan salam ceria.....