Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Saturday, 26 January 2013

Hampapai @ Mandai Goreng ??????

Assalamualaikum dan selamat bercuti teman-teman semua...

Anak-anak le yang seronok sebab cuti agak panjang. Mesti ibu2 memasak sesuatu yang istimewa untuk anak2 tersayang sementelah mereka ada di rumah saat ni...

Resepi yang GD ingin kongsikan kali ini agak popular di kg nenek GD tapi x popular di kg GD. Walau bagaimanapun GD sangat menggemarinya dan x sangka en hubby yang selama ini x pernah merasa juga menggemarinya.. almaklum sajalah di pantai timur rasanya x kan jumpa jual dimana-mana.


Satu haritu GD suarakan teringin nak makan cempedak dan en hubby pun belilah. Time nak makan tu dia pun suarakan lah pulak keteringinan nak makan HAMPAPAI atau MANDAI atau kalau dah diterjemahkan mungkin boleh panggil juga sebagai JERUK KULIT CEMPEDAK. ada setengah orang buat guna kulit nangka.. mamak GD kata kedua-duanya pun boleh... rakan-rakan semua pernah makan tak???

Bagi GD rasanya sedap dan boleh diterima oleh anak tekak... ada rasa masam-masam dan masin... maklumlah jeruk kan!!!!... tapi jeruk yang boleh dimasak bukan dimakan begitu sahaja seperti jeruk pelam atau yang seangkatan dengannya tu...


Jom GD kongsikan cara-cara nak buat jeruk @ hampapai @ mandai kulit cempedak ni. Bahan utama mestilah kulit cempedak... seperti gambar tu, kupas kulit luar dan basuh bersih-bersih. Potong kecil-kecil dan tapis.

Sediakan bekas yang bersih, kemudian tabur garam kasar di dasar balang. 


Susunkan kulit cempedak tu berselang seli dengan garam tersebut. maknanya lepas susun selapis tabur garam kemudian susun lagi dan tabur lagi sehingga habis. Kemudian isi air masak bukan air panas separas je dalam balang tu..




Kemudian tutup balang dengan kemas dan simpan dalam mana-mana tempat yang disukai asalkan jangan bilik tidur or bilik mandi....heheheheheh.... 


Dah cukup haul atau lebih kurang seminggu inilah jadinya... siap sedia digoreng dan dimamam dengan nasi panas... x usah susah-susah fikirkan lawan atau kawannya... cukuplah kalau ada ikan goreng dan sambal belacan... janji nasi panas...


Proses menggoreng.... Hampapai @ Mandai @ Jeruk kulit Cempedak

Bahan-bahan :-

Jeruk hampapai/Mandai
selabu bawang besar di hiris je
1 biji cili besar / cili padi atau cili kering (ikut suka) kalau cili padi x kan sebiji kot...heheheh
2 ulas bawang putih hiris je juga.

Caranya :- 

Hampapai dibersihkan semula dan potong kecil sedikit. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan sampai hampir nak masak barulah masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Bila dah masak matikan api dan sedia dihidangkan...


Ni versi goreng dengan cili kering....


Ni pulak versi goreng dengan cili besar....
Nanti GD postkan versi masak lemak cili api pula yer.. lagi mantop dan marbeless rasanya...

Sekian dulu dan selamat mencuba kepada teman-teman yang sudi... x cuba x tau rasanya...
Wassallam...


2 comments:

  1. dh lama QH xnmpk masakan ni...dlu arwah atok QH rajin buat time musim cempedak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan.... jgn dilupakan masakan org dulu-dulu ni.. tapi anak GD x mo cuba makan... geram betul... heheheh

      Delete