Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday 21 September 2012

Puding Roti Bakar Pisang Emas... dibawa belayar..

Assalamualaikum semua.. dan besarlah harapan GD agar semua teman2 berada dlm keadaan sihat walafiat dan dilimpahkan kebahagiaan dari Yang Maha Esa..... Amin..

wah macam nak tulis surat pulak....
salam pagi Jumaat juga semoga hari ni merupakan hari yg paling ceria buat kita semua...

pagi tadi sedar dari tidur GD terus g dapur dan keluar apa2 yg patut dr peti ess.. en hubby pun pelik.. ngigau ke ape ni... cop2.. GD ABC ye hari ni... jgn pk yg bukan2 yer sebab x sembahyang...hheheheh.

Ya Ampunzzzzz.... warnanya sgt menarik... heheheh puji diri sendiri... jgn marah yer
Puding baru kuar dari oven daaa.. masih tinggi lagi tu... belum turun.. 
sebenarnya GD nak membakor puding roti yg resepinya GD skodeng dr dapur milik saudari Naz semalam. sgt teringin nak mencubanya. dulu dah lama dah..heheheh..pernah cuba try test tapi x berapa santek/jadi lah tu.. bukan follow resepi beliau tapi follow resepi yg ada dlm simpanan. x hingat sape bagi ntah... pastu x mo buat dah.. saya sharekan kat sini pulak yer... terima kasih sgt2 pada tuan punya resepi..

Bila dah dipotong... tinggal ngap je..

tapi, bile tgk semlm tu cara dan bahan yg agak tidak menyusahkan, maka GD pun nak dan nak dan NAK sgt cuba try test semula....

Ptg semalam rasa malas lagi walaupun bahan dah ada. mlm tadi pulak dah angin2kan dgn en hubby dan my dot.. agak teruja lah jugak derang tuh.. yg sedihnya.. x dan siap pagi tadi sebelum derang pg keje dan sekolah.. tinggallah GD sensorang mengadap nya..... heheheh.. derang makan nanti lah jawabnya..

Tapi GD ada wat tambahan sikit dlm adunan tuh.. tapi x de le menderhaka sgt. jes cuba jer.. hasil not bad...



PUDING ROTI BAKAR
Sumber : Saudari Naz
Lupa nak taruk hirisan badam kasi lagi cun.. 

Bahan-bahan :
  • 8-10 keping roti(bergantung kepada ketebalan roti) 8 keping
  • 500 ml susu segar/susu cair/campuran kedua jenis susu susu tepung
  • 4 sb gula halus
  • 2 sb mentega/majerin
  • 1 st asen vanilla esen pisang
  • 2 biji telur
  • 1 sb tepung jagung
  • Sedikit jem(apa-apa perisa) bluberry
  • Kismis buah campur kering
  • 2 biji pisang emas dihiris
Cara :
Dah cun dahhh.. tq pada yg empunya resepi
Saudari Naz
  1. Ambil beberapa keping roti dan sapu dengan jem permukaannya dan susun di dasar bekas/ loyang.   Lepastu letakkan hirisan pisang emas di atas susunan roti tersebut.(yg ni GD tambah).. heheheh.. sesuka hati je yer... jgn marah yer tuan punya resepi..
  2. Lebihan roti yang tinggal, dikoyak-koyakkan dan rendamkan ke dalam susu. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas lain, masukkan mentega dan gula. Pukul sikit dengan ballon wisk hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang. Kacau rata.
  5. Masukkan telur dan pukul rata dengan ballon wisk tadi hingga sebati.
  6. Masukkan pula tepung jagung dan kacau rata.
  7. Campurkan adunan mentega dengan adunan roti yang direndam di dalam susu tadi. Kacau rata.
  8. Masukkan pula kismis dalam adunan. Banyak kismis yang ingin digunakan bergantung kepada kehendak masing-masing. Gaul rata. yg ni GD tak bubuh dlm adunan tapi tabur kat atas je sebelum bakar... alasan terlupa..
  9. Tuang rata adunan ke atas roti yang disapu jem tadi. Taburkan sedikit kismis sebagai hiasan. Biar seketika (dalam 5 minit) supaya susu meresap ke dalam lapisan roti yang di bawah.
  10. Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak. GD bakar lebih 30 minit sebab bahagian bawah lambat masak. lepas 30 minit yg pertama tu, GD guna api bawah je pulak dlm 15 minit sebelum tutup api... Alhamdulillah berjaya..

So, pada sesapa yg nak mencuba silakan lah yer...
salam ceria... dan jumpa lagi..


5 comments:

  1. Assallamualaikum tuan rumah. Datang nak try post komen lagi ni.. Harap boleh dah..heheeeee..

    Tq sudi try resepi simple ni. Lama lak rasa tak buat puding roti bakar ni.. Salam kenal ye.. Semoga ukhwah yg terjalin dari minat yg sama ini diberkati Allah swt..Insyallah...

    ReplyDelete
  2. Yess!!! Dah boleh tinggal komen.. Tq sbb remove WV tuh..heheheeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam....

      terima kasih sudi jengah teratak GD ni.. Amin untuk doa di atas... len kali sudi2kan le dtg lagi ke teratak yg tak seberapa ni...

      Delete
  3. trima kasih kongsi resepi.. akan di cuba hari ini..:)

    ReplyDelete