Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 11 January 2013

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum...


Pada teman2 yg sudi mencuba, sambungan dari entry bz lah konon tu...




silalah yer.. Insyaallah gebu..dan jgn lupa pamer dan kongsikan pulak lepastu….

Harap mintak halal yer tuan punya resepi.. GD ni biasalah kengkadang memang selalu derhaka jugak sikit2…

Inilah rupanya pestime buat my Apam Gula Hangus



Resepi sumber dari : Pn Norliah bt Kamaruddin aka my sepupu…
Ditokok tambah oleh : Gya DuniaKu aka Jamona Sani (GD lahtu)

Bahan-bahan :-

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 biji telor
  • 2 cawan gula ( 1cwn untuk dibuat gula hangus dan 1 cwn lagi GD guna gula perang@Brown sugar) (GD tukar jenis gula je)
  • 1 cawan air
  • ½ cawan gula merah  (GD tambah nak bg lagi gelap warna apam tu.Resepi asal x bubuh pun) (bancuh dgn air yg secawan tu)
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 sdb margerin/mentega (GD tambah)
  • 1 sdt soda bikarbonat
  • 2 sdt baking powder


Cara-cara :-

  1. Hanguskan 1 cwn gula. Lepas tu masukkan air yg bercampur gula merah. Kacau sampai larut kemudian masukkan margerin kacau sampai larut juga dan tutup api. Biarkan je dlm kuali jgn kacau2 dah kasi dia rest semahu-mahunya.
  2. Panaskan kukusan dan sapu acuan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.
  3. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dengan lemah gemalai..lembut lah tu.. kang x pasal terabur pulak tepung tu.
  4. Pukul dengan mixer gula perang dan telur sehingga kembang.
  5. Masuk tepung yg dah diayak berselang seli dgn gula hangus tadi sambil mixerkan dengan kelajuan sederhana.
  6. Masukkan minyak dan kacaukan dengan sempurna. GD suka derhaka sikit2 dan GD mixerkan je semua tapi dengan kelajuan yg paling slow.
  7. Last sekali sudukan atau sendukkan sikit dlm acuan. Setengah aje kerana apam tu akan naik tinggi sehingga penuh acuan.
  8. Kukus lebih kurang dalam 20 minit atau sehingga masakdengan api yg sederhana. Jgn kuat sgt.



Siap dan boleh dimakan... emmmmm... sedap sehhh...

Sampai jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment