Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday, 28 January 2013

Kuih Tepung Bungkus


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jom GD sharekan satu lagi kuih kesukaan GD... susah nak dapat sekarang ni... dulu biasa makan tapi sejak berenti keje ni sangat susah untuk menjumpainya..

Kuih Tepung Bungkus


Satu hari, jalan-jalan dengan en Google dan terjumpa resepi kuih ni di blog kak Hanieliza... 
so, GD punya stail kalau dah nak memang x berlengah lagi dengan syarat bahan-bahan yg ada kat umah mesti dalam 80 peratus ada.... selebihnya boleh cari sekejapan...


Kalau yg biasa GD makan tu, lepas inti ada lapisan tepung pulut dan lapisan luar adalah tepung beras. dlm resepi kak lieza tu x bubuh tepung pulut... so gambar-gambar ni percubaan pertama GD... nak bubuh inti pun ikut suka hati GD aje....


GD sertakan bahan-bahan untuk membuat Kuih Tepung Bungkus yg GD kopipes dari blog Kak Hanieliza
Harap dihalalkan dan izinkan GD share di blog GD pula... hasilnya memang terbaik dan GD sangat puas hati.. 


Kuih Tepung Bungkus
Sumber : Blog Kak Hanieliza



Bahan-bahan:-

1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

Nota:

2nd time GD buat, lepas bulat-bulatkan inti, GD golekkan pada tepung pulut lalu letakkan atas bancuhan tepung beras. kemudian bungkus... pun sedap... pada yg rasa ingin mencuba silalah yer...

Sekian dan wassallam...