Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 25 January 2013

Tosei ke tosey.....

Assalamualaikum rakan-rakan semua....

Ni projek GD pagi semalam @ khamis cuti Maulidur Rasul..... selalu makan kat kedai mamak je.. tu pun bukan pergi dengan en hubby tapi pergi dengan jiran GD Cik AyuLiniy... kalau nak ajak en hubby, huhhhh.......... x de maknenya dia nak layan melainkan dengan abah yg memang peberetnya makan di kedai mamak....


Tapi semenjak Cik AyuLiniy dapat handbag baru ni, memang agak terbatas kegiatan kitorang mengeteh or something yg seangkatan dengannya.... makna kata GD dah x de fren nak hu hah sana sini.... ada juga fren baru nak hu hah tapi agak terbatas kerana jauh sket dari rumah GD.... jangan salah faham ye teman-teman GD yg disayangi, hu hah means yang bermoral lah...heheheheh...

Oleh itu dah lama juga lah GD x dapat makan tosey ni... minggu lepas cik Ayang Ia ada bg GD 3 keping hasil buatan tangan dia sendiri.... sedap n wallah dicicah dengan kari sardin dan kuah dal.... TQ Ila sangat-sangat. dapat juga makan ...

GD pun terfikir, nape aku x try buat sendiri hasil tangan sendiri yang konpem-konpem bersih dan suci... mana tau en hubby akan sudi cuba try test nanti....hmmmmmm

Ila oh Ila please give me de resepi.....


Dan inilah hasil buatan tangan GD sendiri.... Tosey yang dicicah kuah kari sardin.. dan betul sangkaan GD, ne hubby juga sudi menjamah walaupun sekeping untuk permulaannya... juga rezeki cik Ain yang kebetulan sampai subuh Khamis tu..

Terima kasih juga x terhingga kepada Kak Anie aka Puan Rosni sebab bagi GD guna kacang ulundu (dal putih) hak dia dan GD guna dulu..... nak beli x sempat dah sebab GD nak buat jam2 tu juga...hahahahahh ngengada kan!!!!


To cik Ayang Ia, tq resepinya dan minta halal dunia akhirat dan izinkan GD sharekan kat blog GD juga walaupun haritu masa kita jalan-jalan dengan en Google kita ada jumpa macam-macam cara, tapi cara mu jua yang GD praktik kan... walopun hasil tangan GD x sehebat air tangan mu, GD tetap berbangga dengan hasil usaha sendiri...


Tosey @ tosei

Bahan-bahan dan caranya :

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan kacang dal putih (ulundhu)
  • sekepal nasi sejuk


  1. Rendam kedua-duanya. kalau nak makan esok pagi, so, pagi ni dah kena rendam dan malam nanti bolehlah di blendkan dengan campur nasi dan sikit air asal blend tu boleh jalan or gerak sampai hancur, lumat...
  2. Peramkan semalaman.
  3. Esok pagi, campurkan sedikit garam dan kacau rata, kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi.
  4. Bolehlah dilempengkan dalam kuali non stik or leper.
  5. Sapu sedikit minyak kalau x mo melekat..


Kuah Kari Sardin

GD x ramai so buat sardin tin kecik tu je ye... lagi satu masa tu nak cepat jadi kuah pun cara campak-campak aje... malunya lah...heheheh lagi satu resepi ni taram sendiri je...

Bahan-bahan:-


  • 1 labu bawang besar ( sebelah tumbuk dan sebelah lagi hiris je besar-besar)
  • 3 ulas bawang putih (hiris or tumbuk memana pun boleh)
  • sedikit halia
  • asam keping
  • 2 sdb serbuk kari ikan
  • 1 sdb cili blend (GD terlupa letak)
  • 1 biji tomato
  • santan
  • garam, gula dan aji (kalau suka)


Cara-cara :-


  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan atau naik bau.
  2. Masukkan cili blend dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Masak sampai pecah minyak
  4. Masukkan kuah sardin dlm tin juga santan.
  5. Jangan lupa asam keping dan garam serta yg lain-lain jika suka.
  6. Last sekali baru masuk ikan sardin, buah tomato dan bawang yg dihiris.
  7. Dah masak bolehle tutup api..
Selamat menjamu selera pada yg sudi mencuba.....

Sampai jumpa lagi dan wassallam...














No comments:

Post a Comment