Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 2 January 2013

Mini Pizza


Assalamualaikum dan selamat petang...

GD nak kongsikan menu minum petang yg sangat mudah disediakan. sebenarnya menu ni memang selalu GD buat tapi yg ni agak santek dan menarik lah sikit untuk di uploadkan...hahahah jd pendekatannya guna je gambor yg ni... daripada guna gambar dr blog org lainkan!!!!....

Mini pizza ni kegemaran Miss Gya.. GD pun suka juga. sebab kita yg buat sendiri jd kita juga yg menyeimbangkan rasanya... of coz le kita suka... x kan nak kata x suka kan!!! kecik ati pulak nanti diri sendiri... hahahahha



Masa GD buat mini pizza ni, Miss Gya yg bantu deco2 dan bubuh segala bagai atas roti tu... GD lebih pada memantau dan selebihnya tukang bakarkan...


Susun dalam loyang pembakar... tunggu nak masuk oven...


Dah siap 


Dan Resepinya adalah seperti ini

Mini Pizza

Bahan-bahan :-

4 keping roti - potong 3 segi
beberapa btg sosej ayam/daging - potong serong / bulat (suka hati)
2 keping slice cheese - potong memanjang
Sos cili
Mayonis
Sedikit daun sup dan bawang goreng
Isi ayam yg telah dimasak seperti inti kuih cara berlauk (pilihan)

Cara masak isi ayam 
Bahan-bahan

2 ketul isi ayam potong dadu / kecil2
1 biji bwg besar -dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji kentang - dadu
2 sdb rempah kari
minyak untuk menumis
garam, gula dan aji untuk keseimbangan rasa


Masak seperti masak kari / inti karipap. masak sehingga kuahnya kering.



Cara-cara :-

Sapu mayonis dan sos cili di permukaan roti
Bubuh dan ratakan isi ayam
Atur sosej mengikut kesukaan susunannya
Atur pula cheese yg dipotong memanjang sepertti dlm gambar
Tuangkan sedikit sos lagi
Tabur dengan bawang goreng dan daun sup
Siap untuk di burnkan dlm oven lebih kurang 25 minit atau sehingga cheese tu mencair..
suhu oven 150 degree atau mengikut kesesuaian oven masing2...


Siap sedia untuk di ngap.... walllah... baunya sungguh menusuk kalbu.. kalau x prcaya ce cuba....
hahahahaha

Sampai ketemu lagi di entry yg lain pula..