Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Monday, 14 January 2013

Udang Goreng Mentega (Butter Prawn)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua teman-teman..

x de apa yg istimewa entry GD kali ni.. sebab dah banyak kali GD cuba buat dan hasilnya tetap x mengembirakan hati... (naik malu dgn en hubby) sebab asyik x menjadi..

x tau mane silapnya memang x jadi je..yg pasti bukan salah pemberi resepi tetapi salah dari GD sendiri...... tapi kali ni GD x kira lantaklah situ... nak juga masukkan dlm entry walopun x bersarang sempurna... lantak pi lah janji hasil usaha sendiri...



Inilah dia udang mentega atau nama omputeh yg selalu GD sebut kalau pi makan kat seafood tu Butter Prawn... gitu le.. makan suka buat x reti-reti... hampeh betul...


Sebelum ni dah lama GD tinggalkan je kemahuan nak memasak resepi ni sebab asyik x menjadi kat belakang gerobok lemari... pesanan en hubby len kali kalau nak makan order je kat seafood...

tapi lama kelamaan.... teringin je rasa nak buat lagi kot-kot menjadi... berusahalah GD berjalan-jalan bersama en Google.. tu yg akhirnya jadile macam gambar2 ni je... rasanya dlm byk2 percubaan ini je kot yg terbaik setakat ni..... tapi kalau dari segi rasa memang sedap lah... I loike...x taule esok2 pulak kot-kot lagi baik....doakan yer teman-teman...

dan lagi pada sesapa yg nak bg tip-tip untuk memantapkan lagi skill GD ni amat-amat GD harapkan dan penghargaan yg teramat sangat GD berikan... terima kasih banyak2...


Resepi ni GD ambil dari SINI . Terima kasih pada tuan punya resepi dan harap dihalalkan ilmunya.. izinkan GD memanjangkan di blog GD pula..

Udang Mentega (Butter Prawn)
Follow je resepi dari kakinakl

Bahan-bahan :-
  • 12 ekor udang saiz besar (GD buat lebih lagi)
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur + sikit putih telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
  • sedikit serbuk kari
Cara-cara :-
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
  4. Sementara tu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu panas-panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tangan kanan pegang garfu...tuang perlahan-lahan  telur sambil tangan kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. 
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.
  7. Lain kali kena buat lebih aaaa...semua sukakan jurai-jurai tu..jadi rebutanlah pulak bila anak-anak semua ada kat umah.
  8. Nota : Kena tambah sikit putih telur sebab kuning telur tu pekat bebeno. (ikut tips geng masak memasak Nor)
  9. Bila dah jadi jurai-jurai kena hidupkan balik api sebab nak bagi garing jurai-jurai tu.  Barulah ada umphhhh
GD juga menggunakan tips yg diberikan oleh blog UMMI dan NOR (TQ sgt2 dan GD kopipes je kat blog ni. harap mereka2 x marah yer)

Tips:-
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah sikit lg putih telur.
# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia..

So, selamat memasak ye teman2 semua...


2 comments:

  1. akak pun masih belum lulus lagi ni kena try lagi lah gamaknya ni

    ReplyDelete
  2. tak kisahlah dik..janji sedap dan rajin mencuba..insyallah satu hari nanti akan jadi cantik gak

    ReplyDelete