Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Thursday, 31 January 2013

Buncis plus Tempe Goreng yang simple......


Dah tak tau nak masak apa untuk juadah makan tghari maupun malam.. jom kita masak yg simple mimple aje..yang penting khasiat dari tempe tu sendiri..

Jom kita cerita dan ceriti khasiat dari Tempe yang dapat GD kopikan dari blog cikgu Badarudin

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif. 

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.


Buncis plus Tempe Goreng yang simple

Bahan-bahan :-

  • kacang buncis
  • tempe (potong dan goreng terlebih dahulu)
  • cili hijau / merah (lebih kepada kombinasi kaler nak bagi ceria aje)
  • cili api (ketuk dan lenyek aje)
  • Hati / pedal ayam (bersihkan dan potong kecil juga letak garam dan kunyit macam nak goreng) sebenarnya boleh digantikan dengan udang atau isi ayam yg dipotong kecil kerana makan benda dalaman ni kan x elok...heheheheh
  • bawang merah (hiris)
  • bawang putih (hiris)
  • sedikit air


Cara-cara :-

  1. Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili api kacau seketika.
  3. Masuk pula hati/pedal ayam dan gorengkan seketika.
  4. Masukkan sedikit air. kemudian baru masuk kacang buncis dan cili besar hijau dan merah tadi kacau seketika.
  5. Last sekali baru bubuh tempe. kacau sebati.
  6. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam dan aji (jika suka.. GD jarang guna pak aji)
  7. Tutup api dan boleh dihidangkan kepada family...
Selamat memasak ye teman-teman...







No comments:

Post a Comment