Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Wednesday, 23 January 2013

Kuih Kaswi


Assalamualaikum......

Tiba-tiba tekak ni rasa macam nak sangat makan kuih ni... walhal baru je Sabtu lepas GD buat...

memandangkan kuih ni senang sangat, jadi tanpa berlengah GD pun membuatnya dengan perasaan meluap-luap tanpa kesabaran... jeng-jeng-jeng.....

Inilah hasilnya.....


Untuk resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan :-


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit air kapur
  • sedikit kelapa parut yang dicampur sedikit garam halus


Cara-cara :-


  1. Semua bahan dicampurkan kecuali kelapa parut lalu diblend sehingga sebati.
  2. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  3. Kemudian tapis dan masuk dalam loyang ataupun acuan
  4. Bolehlah dikukus sehingga masak
  5. Biarkan sejuk sebelum keluarkan dari acuan.
  6. Bila dah keluarkan dari acuan lalu golekkan dengan kelapa parut tadi....


Yummmmmmy......... sedapnya... sebab dah teringin sangat.. x pandang kiri kanan dah GD makan je sensorang.... hahahahah buruk perangaikan!!!!

rasanya semua orang tahu buat kuih yg simple mimple ni.. tapi x kiralah GD sharekan juga buat diri GD sendiri untuk tatapan dimasa-masa akan datang...

Selamat mencuba..... bye n muaahhh...