Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Friday, 11 January 2013

Busy lah konon.....


Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua teman2 yg sangat GD kasihi dan hargai.

Nampaknya GD nimemang selalu tenggelam dalam lautan blog dan sesekali je timbul berentry… tu pun kelam2 je…

BZ sungguh rasanya kehidupan dihujung tahun 2012 dan diambang 2013 haritu…

Aritu GD ada mention dlm entry pergi Gambangkan!!! Sebenarnya masa tu GD menyambil je (alang2 dah sampai) sebelum pergi rumah pakcik adik mamak kat Kuantan untuk ambik nenek GD dan bawa pulang ke Kuala Selangor… Masa nenek pergi Kuantan memang dah uzur tapi still boleh berjalan tapi kena guna tongkat or dipimpinlah..tapi time GD ambik tu dah x leh bangun lansung. Hanya berbaring dan x dapat duduk.

Sedih rasa hati dengan keadaan nenek masa tu.Bayangkan macammana nak bawak dlm kereta dengan satu perjalanan yang jauh. Asalnya abah suh nenek duduk tgh dan diapit oleh GD dan Miss Ain.. tapi dengan aircond yg kuat x kan nenek nak telan je sejuk2 tu. Makanya Miss Ain kena naik dengan adik GD punya kereta lagi sebijik dan GD duduk sebelah nenek sambil menjaga keperluan nenek dlm kereta tu. Miss Gya pulak dengan hati yg agak sedih terpaksa duduk sensorang kat seat paling belakang.

Tapi nenek x berdaya dlm keadaan tu. Sampai tol Gombak terpaksa tukar posisi. Nenek berbaring sepenuhnya dan GD terpaksa joint Miss Gya kat seat paling belakang tu…
Bila sampai Kuala Selangor, esok petang nya abah pulak ambil alih tugas menghantar nenek ke kg halamannya di Parit 4 Timur, Sg Besar….  Sungguh tenat nenek masatu..
Dan akhirnya nenek yg tercinta pergi jua mengadap Ilahi pada 2hb Januari yg lalu… setelah hampir seminggu pulang ke kg halamannya… juga setelah setahun kematian arwah datuk atau Nek ayah dikalangan sepupu2 GD…

Alfatihah untuk arwah nenek Hajah Hamsah bt Hj Samsuri juga arwah Nek ayah, x lupa buat arwah kak Long Zarina yg pergi jua pada pagi 1 Syawal yg lalu… sertas sekelian umat Islam yg telah pergi buat selamanya… semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Tulah cite sedih GD dihujung tahun 2012… disamping kebuzyan yg tereka hasil sampingan dr cerita GD ini. Untuk family GD mereka pahamlah apa yg bz sgt tu.... x yah GD cite panjang lebor kat sini...

K now cite bab resepi pulak. Kuih apam gula hangus… makan selalu tapi buat x pernah..senang je rupanya.. kalau tau dari dulu dah buat…hehehhe
Resepi boleh tengok kat SINI ye…

No comments:

Post a Comment