Mona's Rie In Da House

Terapi kala keseorangan.... kata orang Cuba Try Test... samakan maknanya...

Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

Home | Gya Duniaku | Facebook | My Resepi | My Twitter |

Thursday, 31 January 2013

Buncis plus Tempe Goreng yang simple......


Dah tak tau nak masak apa untuk juadah makan tghari maupun malam.. jom kita masak yg simple mimple aje..yang penting khasiat dari tempe tu sendiri..

Jom kita cerita dan ceriti khasiat dari Tempe yang dapat GD kopikan dari blog cikgu Badarudin

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut :

1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.

5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.

6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!

7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.

8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif. 

9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).

10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.


Buncis plus Tempe Goreng yang simple

Bahan-bahan :-

  • kacang buncis
  • tempe (potong dan goreng terlebih dahulu)
  • cili hijau / merah (lebih kepada kombinasi kaler nak bagi ceria aje)
  • cili api (ketuk dan lenyek aje)
  • Hati / pedal ayam (bersihkan dan potong kecil juga letak garam dan kunyit macam nak goreng) sebenarnya boleh digantikan dengan udang atau isi ayam yg dipotong kecil kerana makan benda dalaman ni kan x elok...heheheheh
  • bawang merah (hiris)
  • bawang putih (hiris)
  • sedikit air


Cara-cara :-

  1. Tumiskan bawang dan bawang putih sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili api kacau seketika.
  3. Masuk pula hati/pedal ayam dan gorengkan seketika.
  4. Masukkan sedikit air. kemudian baru masuk kacang buncis dan cili besar hijau dan merah tadi kacau seketika.
  5. Last sekali baru bubuh tempe. kacau sebati.
  6. Jangan lupa perasakan dengan sedikit garam dan aji (jika suka.. GD jarang guna pak aji)
  7. Tutup api dan boleh dihidangkan kepada family...
Selamat memasak ye teman-teman...







Nukilan monasrie di 17:40 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Lauk Pauk, My Resepi, To Share

Permohonan Streamyx Kediaman Dan Pelajar. (Streamyx Student Package)




Permohonan Streamyx Student GradPack 
(Student Package)

Borang Permohonan Streamyx Kediaman Dan Pelajar.

(Streamyx Student Package)

Tawaran Istimewa Sempena Perayaan 

Tahun Baru Cina.

Langganan PERCUMA Selama 30 Hari. CEPAT!.

Dapatkan juga RM50 Bonus Khas Dari Kami 

(Pakej RM110 ke atas sahaja)

Tawaran Tamat Pada 28 Februari 2013. 


Streamyx Student Package
Sesiapa yang berminat juga boleh berhubung dengan saya...

Nukilan monasrie di 10:08 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: promosi

Permohonan Streamyx Blockbuster Deal



Borang Permohonan Blockbuster Deal

Borang Permohonan Streamyx Blockbuster Deal
Tawaran Istimewa Sempena Perayaan Tahun Baru Cina.
Langganan PERCUMA Selama 30 Hari. CEPAT!
PLUS RM50 CASH UNTUK ANDA.(Pakej 1MB dan ke atas sahaja)
Tawaran Tamat Pada 28 Februari 2013. CEPAT!
Streamyx BB Deal
Sesapa berminat boleh hubungi saya....

Nukilan monasrie di 09:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: promosi

Monday, 28 January 2013

Kuih Tepung Bungkus


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jom GD sharekan satu lagi kuih kesukaan GD... susah nak dapat sekarang ni... dulu biasa makan tapi sejak berenti keje ni sangat susah untuk menjumpainya..

Kuih Tepung Bungkus


Satu hari, jalan-jalan dengan en Google dan terjumpa resepi kuih ni di blog kak Hanieliza... 
so, GD punya stail kalau dah nak memang x berlengah lagi dengan syarat bahan-bahan yg ada kat umah mesti dalam 80 peratus ada.... selebihnya boleh cari sekejapan...


Kalau yg biasa GD makan tu, lepas inti ada lapisan tepung pulut dan lapisan luar adalah tepung beras. dlm resepi kak lieza tu x bubuh tepung pulut... so gambar-gambar ni percubaan pertama GD... nak bubuh inti pun ikut suka hati GD aje....


GD sertakan bahan-bahan untuk membuat Kuih Tepung Bungkus yg GD kopipes dari blog Kak Hanieliza
Harap dihalalkan dan izinkan GD share di blog GD pula... hasilnya memang terbaik dan GD sangat puas hati.. 


Kuih Tepung Bungkus
Sumber : Blog Kak Hanieliza



Bahan-bahan:-

1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 s/b gula
1 s/b tepung gandum
4 s/b air
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
8. Sejukkan dan hidangkan.

Nota:

2nd time GD buat, lepas bulat-bulatkan inti, GD golekkan pada tepung pulut lalu letakkan atas bancuhan tepung beras. kemudian bungkus... pun sedap... pada yg rasa ingin mencuba silalah yer...

Sekian dan wassallam...




Nukilan monasrie di 18:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: kuih, My Resepi

Saturday, 26 January 2013

Mutiara Kata .... erti persahabatan


Al Fatihah buat Allahyarham sahabat terbaik yang pernah dipinjamkan kepada GD 
1994 ~2012...

Allahyarham Nura Zura bt Zakaria....


Doaku semoga engkau tenang di sana.... sesungguhnya aku amat merindui saat-saat kita bersama..
kaulah sahabat terbaik yang pernah aku miliki... aku sayang sangat padamu....

Hampir setahun kau meninggalkan aku..kenangan bersamamu x kan terpadam dalam hatiku juga hanya ada satu zura dalam hatiku.......






Yang pasti bila aku lihat kembali gambar2 kita yang berlambak tu, mesti x semena-mena airmata pasti laju menitis...........



Nukilan monasrie di 17:16 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: kawan, Renungan, To Share

Hampapai @ Mandai Goreng ??????

Assalamualaikum dan selamat bercuti teman-teman semua...

Anak-anak le yang seronok sebab cuti agak panjang. Mesti ibu2 memasak sesuatu yang istimewa untuk anak2 tersayang sementelah mereka ada di rumah saat ni...

Resepi yang GD ingin kongsikan kali ini agak popular di kg nenek GD tapi x popular di kg GD. Walau bagaimanapun GD sangat menggemarinya dan x sangka en hubby yang selama ini x pernah merasa juga menggemarinya.. almaklum sajalah di pantai timur rasanya x kan jumpa jual dimana-mana.


Satu haritu GD suarakan teringin nak makan cempedak dan en hubby pun belilah. Time nak makan tu dia pun suarakan lah pulak keteringinan nak makan HAMPAPAI atau MANDAI atau kalau dah diterjemahkan mungkin boleh panggil juga sebagai JERUK KULIT CEMPEDAK. ada setengah orang buat guna kulit nangka.. mamak GD kata kedua-duanya pun boleh... rakan-rakan semua pernah makan tak???

Bagi GD rasanya sedap dan boleh diterima oleh anak tekak... ada rasa masam-masam dan masin... maklumlah jeruk kan!!!!... tapi jeruk yang boleh dimasak bukan dimakan begitu sahaja seperti jeruk pelam atau yang seangkatan dengannya tu...


Jom GD kongsikan cara-cara nak buat jeruk @ hampapai @ mandai kulit cempedak ni. Bahan utama mestilah kulit cempedak... seperti gambar tu, kupas kulit luar dan basuh bersih-bersih. Potong kecil-kecil dan tapis.

Sediakan bekas yang bersih, kemudian tabur garam kasar di dasar balang. 


Susunkan kulit cempedak tu berselang seli dengan garam tersebut. maknanya lepas susun selapis tabur garam kemudian susun lagi dan tabur lagi sehingga habis. Kemudian isi air masak bukan air panas separas je dalam balang tu..




Kemudian tutup balang dengan kemas dan simpan dalam mana-mana tempat yang disukai asalkan jangan bilik tidur or bilik mandi....heheheheheh.... 


Dah cukup haul atau lebih kurang seminggu inilah jadinya... siap sedia digoreng dan dimamam dengan nasi panas... x usah susah-susah fikirkan lawan atau kawannya... cukuplah kalau ada ikan goreng dan sambal belacan... janji nasi panas...


Proses menggoreng.... Hampapai @ Mandai @ Jeruk kulit Cempedak

Bahan-bahan :-

Jeruk hampapai/Mandai
selabu bawang besar di hiris je
1 biji cili besar / cili padi atau cili kering (ikut suka) kalau cili padi x kan sebiji kot...heheheh
2 ulas bawang putih hiris je juga.

Caranya :- 

Hampapai dibersihkan semula dan potong kecil sedikit. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan sampai hampir nak masak barulah masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Bila dah masak matikan api dan sedia dihidangkan...


Ni versi goreng dengan cili kering....


Ni pulak versi goreng dengan cili besar....
Nanti GD postkan versi masak lemak cili api pula yer.. lagi mantop dan marbeless rasanya...

Sekian dulu dan selamat mencuba kepada teman-teman yang sudi... x cuba x tau rasanya...
Wassallam...


Nukilan monasrie di 13:43 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Lauk Pauk, My Resepi

Friday, 25 January 2013

Tosei ke tosey.....

Assalamualaikum rakan-rakan semua....

Ni projek GD pagi semalam @ khamis cuti Maulidur Rasul..... selalu makan kat kedai mamak je.. tu pun bukan pergi dengan en hubby tapi pergi dengan jiran GD Cik AyuLiniy... kalau nak ajak en hubby, huhhhh.......... x de maknenya dia nak layan melainkan dengan abah yg memang peberetnya makan di kedai mamak....


Tapi semenjak Cik AyuLiniy dapat handbag baru ni, memang agak terbatas kegiatan kitorang mengeteh or something yg seangkatan dengannya.... makna kata GD dah x de fren nak hu hah sana sini.... ada juga fren baru nak hu hah tapi agak terbatas kerana jauh sket dari rumah GD.... jangan salah faham ye teman-teman GD yg disayangi, hu hah means yang bermoral lah...heheheheh...

Oleh itu dah lama juga lah GD x dapat makan tosey ni... minggu lepas cik Ayang Ia ada bg GD 3 keping hasil buatan tangan dia sendiri.... sedap n wallah dicicah dengan kari sardin dan kuah dal.... TQ Ila sangat-sangat. dapat juga makan ...

GD pun terfikir, nape aku x try buat sendiri hasil tangan sendiri yang konpem-konpem bersih dan suci... mana tau en hubby akan sudi cuba try test nanti....hmmmmmm

Ila oh Ila please give me de resepi.....


Dan inilah hasil buatan tangan GD sendiri.... Tosey yang dicicah kuah kari sardin.. dan betul sangkaan GD, ne hubby juga sudi menjamah walaupun sekeping untuk permulaannya... juga rezeki cik Ain yang kebetulan sampai subuh Khamis tu..

Terima kasih juga x terhingga kepada Kak Anie aka Puan Rosni sebab bagi GD guna kacang ulundu (dal putih) hak dia dan GD guna dulu..... nak beli x sempat dah sebab GD nak buat jam2 tu juga...hahahahahh ngengada kan!!!!


To cik Ayang Ia, tq resepinya dan minta halal dunia akhirat dan izinkan GD sharekan kat blog GD juga walaupun haritu masa kita jalan-jalan dengan en Google kita ada jumpa macam-macam cara, tapi cara mu jua yang GD praktik kan... walopun hasil tangan GD x sehebat air tangan mu, GD tetap berbangga dengan hasil usaha sendiri...


Tosey @ tosei

Bahan-bahan dan caranya :

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan kacang dal putih (ulundhu)
  • sekepal nasi sejuk


  1. Rendam kedua-duanya. kalau nak makan esok pagi, so, pagi ni dah kena rendam dan malam nanti bolehlah di blendkan dengan campur nasi dan sikit air asal blend tu boleh jalan or gerak sampai hancur, lumat...
  2. Peramkan semalaman.
  3. Esok pagi, campurkan sedikit garam dan kacau rata, kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi.
  4. Bolehlah dilempengkan dalam kuali non stik or leper.
  5. Sapu sedikit minyak kalau x mo melekat..


Kuah Kari Sardin

GD x ramai so buat sardin tin kecik tu je ye... lagi satu masa tu nak cepat jadi kuah pun cara campak-campak aje... malunya lah...heheheh lagi satu resepi ni taram sendiri je...

Bahan-bahan:-


  • 1 labu bawang besar ( sebelah tumbuk dan sebelah lagi hiris je besar-besar)
  • 3 ulas bawang putih (hiris or tumbuk memana pun boleh)
  • sedikit halia
  • asam keping
  • 2 sdb serbuk kari ikan
  • 1 sdb cili blend (GD terlupa letak)
  • 1 biji tomato
  • santan
  • garam, gula dan aji (kalau suka)


Cara-cara :-


  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan atau naik bau.
  2. Masukkan cili blend dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
  3. Masak sampai pecah minyak
  4. Masukkan kuah sardin dlm tin juga santan.
  5. Jangan lupa asam keping dan garam serta yg lain-lain jika suka.
  6. Last sekali baru masuk ikan sardin, buah tomato dan bawang yg dihiris.
  7. Dah masak bolehle tutup api..
Selamat menjamu selera pada yg sudi mencuba.....

Sampai jumpa lagi dan wassallam...














Nukilan monasrie di 15:45 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: My Resepi, Roti

Wednesday, 23 January 2013

Kuih Kaswi


Assalamualaikum......

Tiba-tiba tekak ni rasa macam nak sangat makan kuih ni... walhal baru je Sabtu lepas GD buat...

memandangkan kuih ni senang sangat, jadi tanpa berlengah GD pun membuatnya dengan perasaan meluap-luap tanpa kesabaran... jeng-jeng-jeng.....

Inilah hasilnya.....


Untuk resepi Kuih Kaswi

Bahan-bahan :-


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 1/2 cawan air
  • sedikit air kapur
  • sedikit kelapa parut yang dicampur sedikit garam halus


Cara-cara :-


  1. Semua bahan dicampurkan kecuali kelapa parut lalu diblend sehingga sebati.
  2. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  3. Kemudian tapis dan masuk dalam loyang ataupun acuan
  4. Bolehlah dikukus sehingga masak
  5. Biarkan sejuk sebelum keluarkan dari acuan.
  6. Bila dah keluarkan dari acuan lalu golekkan dengan kelapa parut tadi....


Yummmmmmy......... sedapnya... sebab dah teringin sangat.. x pandang kiri kanan dah GD makan je sensorang.... hahahahah buruk perangaikan!!!!

rasanya semua orang tahu buat kuih yg simple mimple ni.. tapi x kiralah GD sharekan juga buat diri GD sendiri untuk tatapan dimasa-masa akan datang...

Selamat mencuba..... bye n muaahhh...




Nukilan monasrie di 17:50 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: kuih, My Resepi

Monday, 21 January 2013

Mutiara kata 2


Assalamualaikum




Benar dan benar belaka.............. Nasihat berguna juga dikongsikan dr pesbuk Ustazah Siti Nor Bahyah...



Nukilan monasrie di 13:30 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Renungan

Mutiara kata lagi


Assalamualaikum....

GD mengongsikan petikan dari timeline photo pesbuk Ustazah Siti Nor Bahyah...

Nasihat @ peringatan khas untuk diri sendiri juga ikhlas buat tatapan teman maya sekelian...






Nukilan monasrie di 13:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: Renungan

Saturday, 19 January 2013

Khasiat Daun Salam

Assalamualaikum....

GD tertarik dengan post seorang teman dalam group FB Zanita Ramli namanya dan blognya SINI tentang khasiat daun salam ni... GD mohon share di blog GD pula sebagai rujukan memandangkan memang GD ada stok daun salam kering di gobok dapur umah GD ni...

Lagi satu boleh refer kat Blog ni untuk kepastian bagaimana daun yang segar.

Sama-sama kita manfaatkan untuk kesihatan... Insyaallah..


Satu masa yang lalu saya ingat daun Salam ni hanya digunakan untuk masakan seperti daun limau purut dan daun kunyit, sehinggalah saya ke jogjakarta, indonesia. Saya dan suami singgah dirumah ibu seorang teman. Di depan rumahnya, berdiri gagah satu pokok salam yang sangat tinggi.




Kami diberitahu mereka sering rebus daun salam dengan gula batu, dan di jadikan sebagai teh daun salam yang sangat baik untuk kesihatan. Masa itu saya akui ibu teman kami, seorang wanita yang sudah lanjut usia, sihat, tegap dan dia juga menjalankan kerja amal yang memerlukan beliau bergerak aktif. Memang jelas kelihatan dia seorang yang cergas. Ketika itu saya difahamkan, itu lah amalan ibu nya, minum teh daun salam setiap hari.
Khasiat daun salam dikatakan boleh menurunkan kadar gula dalam darah yang melonjak melebihi paras normal, menurun tekanan darah dan kadar kolesterol ldl, merawat ulser perut, pening, migrain, katarak, gatal2, kudis dan ekzema. Daun salam juga disebut2 boleh mengatasi cirit birit, pedih ulu hati dan mengurang asid urik dalam badan.
Resepi teh daun salam
Untuk cirit birit 10 daun segar (daun kering guna separuh daun segar)
+ 2 cawan air. Rebus 15 minit dan minum ketika masih lagi panas.

Untuk kencing manis ambil 6-8 daun salam segar + 3 cawan air hingga jadi 1 cawan teh salam, biar sejuk dan minum sebelum makan dan lakukan dua kali sehari. ( sesuai juga untuk tekanan darah tinggi dan kolesterol)
Untuk asid urik 10 daun salam segar + 4 cawan air rebus sehingga menjadi 2 cawan.
Untuk ekzema 8 daun salam segar + 20 gram kunyit. Tumbuk lumat dan sapu pada kulit yang sakit.
Nukilan monasrie di 13:34 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: To Share

Monday, 14 January 2013

Baulu Kemboja.....



Assalamualaikum......

Jom kita membakor pula... Baulu Kemboja sedap makan time panas-panas (bukan cuaca) tapi lepas keluar dari oven... nak pulak garingkan sikit tepi dan permukaan atasnya...
Lepas dah sejuk sikit, potong dan makan sorang-sorang...heheheh


Jom tengok resepinya .... tokok tambah try n error dari diri sendiri.. inspirasi dari puan Ila...
so far dah selalu buat then rasa macam memang kena dengan tekak family GD ... orang lain x tau le... 

Baulu Kemboja

Bahan-bahan :-

4 biji telor
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air pandan
sedikit garam (pilihan)
sedikit bijan


Cara-cara :-

Panaskan oven dengan suhu 180 darjah atau ikut kesesuaian oven masing2
panaskan loyang di dalam oven atau atas dapur gas je
masukkan semua bahan kedlm blender dan blend sampai sebali/ larut dan mesra alam gitu.
tuangkan sedikit minyak ke dalam acuan.
bila dah panas, tuang sedikit bancuhan dan bakar dlm oven.. 
lepas 5 minit taburkan sedikit bijan di atas permukaan dan bakar lagi lebih kurang 20 minit lagi atau sehingga masak



Inilah hasilnya... taraaaa.....

selamat mencuba...










Nukilan monasrie di 18:01 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: kuih, My Resepi

Udang Goreng Mentega (Butter Prawn)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua teman-teman..

x de apa yg istimewa entry GD kali ni.. sebab dah banyak kali GD cuba buat dan hasilnya tetap x mengembirakan hati... (naik malu dgn en hubby) sebab asyik x menjadi..

x tau mane silapnya memang x jadi je..yg pasti bukan salah pemberi resepi tetapi salah dari GD sendiri...... tapi kali ni GD x kira lantaklah situ... nak juga masukkan dlm entry walopun x bersarang sempurna... lantak pi lah janji hasil usaha sendiri...



Inilah dia udang mentega atau nama omputeh yg selalu GD sebut kalau pi makan kat seafood tu Butter Prawn... gitu le.. makan suka buat x reti-reti... hampeh betul...


Sebelum ni dah lama GD tinggalkan je kemahuan nak memasak resepi ni sebab asyik x menjadi kat belakang gerobok lemari... pesanan en hubby len kali kalau nak makan order je kat seafood...

tapi lama kelamaan.... teringin je rasa nak buat lagi kot-kot menjadi... berusahalah GD berjalan-jalan bersama en Google.. tu yg akhirnya jadile macam gambar2 ni je... rasanya dlm byk2 percubaan ini je kot yg terbaik setakat ni..... tapi kalau dari segi rasa memang sedap lah... I loike...x taule esok2 pulak kot-kot lagi baik....doakan yer teman-teman...

dan lagi pada sesapa yg nak bg tip-tip untuk memantapkan lagi skill GD ni amat-amat GD harapkan dan penghargaan yg teramat sangat GD berikan... terima kasih banyak2...


Resepi ni GD ambil dari SINI . Terima kasih pada tuan punya resepi dan harap dihalalkan ilmunya.. izinkan GD memanjangkan di blog GD pula..

Udang Mentega (Butter Prawn)
Follow je resepi dari kakinakl

Bahan-bahan :-
  • 12 ekor udang saiz besar (GD buat lebih lagi)
  • 2 sudu butter
  • 3 biji kuning telur + sikit putih telur
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi
  • serbuk kunyit & garam
  • minyak utk menggoreng
  • sedikit serbuk kari
Cara-cara :-
  1. Lumur udang dgn serbuk kunyit & garam. Goreng sehingga masak.
  2. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak, ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair dan minyak betul-betul panas.
  4. Sementara tu, kacau-kacau telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam acuan roti jala. Matikan api bila minyak tu panas-panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tangan kiri pegang acuan roti jala (telur kuning) ..tangan kanan pegang garfu...tuang perlahan-lahan  telur sambil tangan kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. 
  5. Bila dah selesai, angkat telur tu dan toskan tapis utk membuang minyak berlebihan.
  6. Kemudian campurkan udang dan telur tadi... dah hidangkan.
  7. Lain kali kena buat lebih aaaa...semua sukakan jurai-jurai tu..jadi rebutanlah pulak bila anak-anak semua ada kat umah.
  8. Nota : Kena tambah sikit putih telur sebab kuning telur tu pekat bebeno. (ikut tips geng masak memasak Nor)
  9. Bila dah jadi jurai-jurai kena hidupkan balik api sebab nak bagi garing jurai-jurai tu.  Barulah ada umphhhh
GD juga menggunakan tips yg diberikan oleh blog UMMI dan NOR (TQ sgt2 dan GD kopipes je kat blog ni. harap mereka2 x marah yer)

Tips:-
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah sikit lg putih telur.
# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan
# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun
# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia..

So, selamat memasak ye teman2 semua...


Nukilan monasrie di 09:57 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Label: My Resepi, Udang
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Sebelum pulang, tolongle klik kat iklan tu ye.. million TQ dear..

FACEBOOK

  • Jamona Sani

TQVM... jemput dtg lagi..


Jgn segan2... jemput follow ye...

get this widget here

It's Mine

My Resepi (93) Kek (22) kuih (17) Family (12) To Share (12) Jalan-jalan (10) Aktiviti keluarga (9) Apam (8) Renungan (8) Lauk Pauk (7) Yg aku suka (7) ceceh menceceh (6) cheese (6) Ayam (5) Buat sendiri (5) Masakan bersantan (5) Muffin (5) Udang (5) Biskut (4) Sesaje (4) Kerepek (3) Nasi (3) Roti (3) makan-makan (3) Ketam (2) Novel (2) Pasta (2) Perasaan (2) Puding (2) promosi (2) Acar (1) Agar-agar (1) Ais Krim (1) Bingka (1) Chiffon (1) Cupcake (1) Daging (1) Desert (1) Ikan (1) Kelas Masak (1) Kuih Talam (1) Laksa (1) Mee (1) Pancake (1) Pizza (1) Puff (1) Pulut (1) Sayur Lemak (1) Sayur goreng (1) Sotong (1) Stim (1) Tart (1) Telur (1) bebola (1) jemput-jemput (1) kawan (1) kentang (1) tauhu (1)

Sekodeng kat sini

  • ►  2014 (10)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (7)
  • ▼  2013 (74)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (3)
    • ►  July (6)
    • ►  June (2)
    • ►  May (11)
    • ►  April (4)
    • ►  March (10)
    • ►  February (10)
    • ▼  January (16)
      • Buncis plus Tempe Goreng yang simple......
      • Permohonan Streamyx Kediaman Dan Pelajar. (Stream...
      • Permohonan Streamyx Blockbuster Deal
      • Kuih Tepung Bungkus
      • Mutiara Kata .... erti persahabatan
      • Hampapai @ Mandai Goreng ??????
      • Tosei ke tosey.....
      • Kuih Kaswi
      • Mutiara kata 2
      • Mutiara kata lagi
      • Khasiat Daun Salam
      • Baulu Kemboja.....
      • Udang Goreng Mentega (Butter Prawn)
      • Apam Gula Hangus
      • Busy lah konon.....
      • Mini Pizza
  • ►  2012 (58)
    • ►  December (5)
    • ►  November (10)
    • ►  October (10)
    • ►  September (14)
    • ►  July (2)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (5)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (19)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (4)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)

KongsiResepi.com

Jika terasa ingin bertukar... jom klik..STREAMYX & UNIFI

  • Online Internet Service Application | Get One Month Free Streamyx and Unifi

Gali kat sini

About Me

monasrie
View my complete profile

Mereka2 yang pakar memasak...

  • .::my lifE & my loveS::.
    Advertise up to 200 MILLION EMAILS
  • Blog Citarasa wan
    AGAR-AGAR KERING HANTARAN
  • zila4ever.blogspot.com
    Hotel Le Meridien Putrajaya
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
  • Kakcik Seroja
    Budak Sepet Terkini...
  • Qasey Honey
    LEPAT JAGUNG / PAIS JAGUNG manisan tradisional.. resepi mudah dan sukatan cawan
  • Zara ♥ Baking
    FLUFFY SPONGE CUPCAKES
  • ♥ LOVE2COOK MALAYSIA♥
    CREAMY BUTTER CHICKEN
  • RESEPI NANNIE KUZAIFAH
    Bubur Rolled Oats
  • MamaFaMi's Spice n Splendour
    MAMA CARRIES
  • Duniaku
    Resepi Mee Kari yang sedap dan mudah
  • resepi pilihan.blogspot com
    Brooch pearl 2018 murah dan cantik
  • Bicara Kak Noor
    Dapur Kak Noor sudah Berpindah
  • suri hidup mama
    UPSR
  • CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
    BISKUT FLORENTINE
  • villakamimicasamawar
    Kuih Lapis Gula Merah
  • Dari Dapur MaDiHaA
    Ghetuk Pisang
  • Dari Dapur Kak Yah
    Mee Goreng Tomyam
  • Dari Dapur Yati Yahaya
    BAHULU BAJET RM1
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
  • masam manis
    Kelas Untuk Bulan February
  • Dapur Mamasya
    Ketupat Sotong Kelantan
  • Dari DuniaKu...
    Bz Bz Awal Tahun 2016....berkebunnn daaaa.
  • ..::~**Sinar Kehidupanku**~::..
    Talam Lapis Surabaya
  • Mommy Ryan's Kitchen
    ~ Simple Moist Cheese Cake ~
  • HaSue: I Love My Life
    Salam aidilfitri 2015
  • ROSRI kitchen
    Cucur Udang Planta
  • -
    Bilik Sewa London.
  • Norzie hany
    Biskut Snow Almond
  • Spices Journey
    ANIKA TEMPAHAN
  • Hanieliza's Cooking
    Ekspo Buku Islam 13 Putrajaya
  • Home Sweet Home
    Pulut Kuning Berlapis Lagi Bertingkek..Suka-Suki Jer
  • aLkiSahKu...(^-^)
    Kek Buah Kukus Kak Sheila
  • Secubit Garam
    VICTORIA SANDWICH CAKE
  • The Writer's CooKING!
    Mee Goreng Pedas Selangit Kasihmu! Awet Gitew!
  • Corat Coret Umi
    Happy birthday......
  • ..::My kitchen::..
    Selamat Menyambut Tahun baru 2014 -Umrah 2013-2014 - Eps 1
  • Mak Long Special Recipes !
    cupcake corn aiskrim mlong
  • suzana mazlan
    ~tetiba la plak kn~
  • Ucu Bakery
    Merehatkan jari jemari yang melampau...
  • Bila Chah Ke Dapur
    BEST CHOCOLATE WALNUT MUFFINS
  • TrULy Me...
    Happy Mother's Day... If Mom Can Cook So Do i!!! PART 1
  • Selera KakAsma
    SNOW CHEESE CAKE -versi cake dan cupcakes perisa coklat
  • Umira D' Sini
  • Our Journey Begins
    Salam AidilAdha 1433H Dan Terima Kasih buat semua...
  • Gallery MamaMimi
    Rahsia Apam Polkadot Gebusss......
  • RESEPI NANNIE
    Asam pedas ikan tenggiri
  • Syerah Omar Mangaf,Kuwait
  • Resipi Kami
  • :: Dari Dapur CT ::
  • Liza @ Adzriel AB
  • SERBUK NACHEEOSE : CHEEZE MAZ
Show 5 Show All

Teman....

  • Warkah Buat Isteri
    Moral of the Story..
    7 years ago
  • ceritera ain
    The Graduation Day 2014
    11 years ago
  • BLOG MEEN ZULAIKHA
    KARNIVAL KARANGKRAF 2014
    11 years ago
  • NOVEL KARYA SHAHRIAH ABDULLAH
    Ianya Tidak Semudah Itu..... Super Pitch Sempena FFM 25 ASWARA Finas Malaysia
    12 years ago
  • Our Journey Begins
    Salam AidilAdha 1433H Dan Terima Kasih buat semua...
    12 years ago
  • DiraBakers
    Red Velvet Cake
    13 years ago
  • The HZ's World... Ya Allah syukur atas segala nikmatMu...
    Semakan keputusan UPSR 2011 menerusi mySMS 15888
    13 years ago
  • Izzue Islam Fansite - Welcome
Show 5 Show All

Menambah Ilmu

  • Blog Cik Nurfarah
    HI 2025
    3 months ago
  • 101 Petua
    Petua Hilangkan Jerawat - Serbuk Kayu Manis
    7 years ago
  • Kasih
    Bercuti Di Nagoya, Jepun-Finale
    8 years ago
  • Rawatan Dan Penyembuhan Diri
    ANDA MEMPUNYAI PELBAGAI PERSOALAN MENGENAI HOMEOPATHY?
    11 years ago
Mona's Rie In da house. Powered by Blogger.